Emmot Zaini

Jejaribiru.blogspot.com

Pages

Showing posts with label friend's story citation. Show all posts
Showing posts with label friend's story citation. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

Hari makhruh berpuasa

                Berpuasa pada 1 hari pada hari JUMAAT, SABTU, AHAD
makruh berpuasa pada 1 hari di hari jumaat , sabtu dan ahad. sekira nya ingin melakukan puasa ganti di hari tersebut atau ganti puasa seminggu beturut2, perlu lah di dahulukan puasa sebelum hari jumaat iaitu dimulakan berpuasa pada hari khamis atau pun berpuasa di hari sabtu dan di teruskan berpuasa pada dari ahad. Perlu di gabung kan hari berpuasa supaya ia tidak tunggal.

Jika dilakukan puasa dua hari tersebut (Sabtu dan Ahad) bersama-sama atau didahului puasa hari Sabtu itu dengan berpuasa pada hari Jumaat atau disambung puasa hari Ahad itu dengan berpuasa pada hari Isnin, maka tidaklah dihukumkan makruh kerana sedemikian itu tidak diagungkan oleh mana-mana kaum. 

                       Berpuasa sepanjang tahun selain dua(2) Hari Raya atau Hari Tasriq

Berpuasalah seperti puasa Nabi Daud ‘Alaihissalam".  Baginda bersabda: "Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari dan dia tidak lari apabila bertemu musuh (tetap segar dalam menghadapi musuh di medan pertempuran)

Lavinia Stamps on-line shop: Oak_Tree_Large




Tuesday, July 26, 2011

waktu / hari diharamkan b'puasa

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:


  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :   " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :" Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas
  5. Puasa seorang isteri tanpa keizinan suaminya yang berada di dalam negeri


Monday, July 18, 2011

Solat sunat gerhana bulan




Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...